Sunday, March 10, 2013

Jadikanlah ku orang yg redha dengan ketentuan Mu~♡

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa dia itu lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa die ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang maka jauhkanlah dia itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.